Wednesday, November 5, 2008

Kek Lapis




Lama tak menjengah laman ni...dah tahu tak ada apa pun.Sebenarnya pada awalnya saya nak belajar buat laman ini untuk kek Lapis yang isteri saya buat....Saja nak kongsi . Tapi kini lain pula jadi nya... . Congak-congak dah lebih 10 tahun saya jalankan jualan kek ini. Dalam senarai ada lebih 15 jenis kek, tapi sekarang buat jualan 9 jenis sahaja. Kalau ada permintaan yang lain di buatkan juga. Untuk kali iai saya nak tunjukkan gambar Kek lapis tu.


Ini Kek Lapis Batek Kenyalang, asal resepi dari Sarawak. Ini lah kek yang paling top dalam senarai jualan.Saya jual pada kawan dekat sahaja. Saya suka kek ini -warnanya cantik ,rasanya pun sedap. Rasa Jem buah-buahan campuran.


Ini Kek Cream Cheese, antara kek yang saya suka makan. Senang nak buat pun ya, jadi kalau nak makan sendiri buat la.Rasa....eemmm pada saya ...sedap, ada rasa coklet dan masam buah.




Kek Cinta Antara Benua - di ambil nama nya dari lagu dan drama Cinta antara benua. Sewaktu buat resepi kek ini memang tengah top lagu ini. Setiap lapis rasa berlainan Horlick , Milo ,ada 2 lagi rasa. Kek ini guna tepung beskut marie- jadi lebih lembut dan gebu.


Untuk senarai kek kemudian akan saya buat. Buat masa ini kalau nak boleh hubungi saya







Wednesday, October 22, 2008

Pekara Yang Membuat Kita Susah

Perkara yang Membuat Kita Susah Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.
1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

Semak kembali senarai di atas adakah kita sering melakukan, inilah yang selalu orang tua-tua menegur dan selalu kita perkecilkan sedang kan ini antara ajaran Islam.

Wednesday, October 8, 2008

Hidup Satu Proses Belajar




Assalamualaikum & Salam sejahtera

Buat teman-teman.....


"Seribu langkah bermula dari satu"...banyak kali mendengar tetapi tidak pernak di fikirkan secara mendalam. Hidup yang sememang nya umpama putaran roda sering di ambil mudah, tidak orang terdahulu berpesan jangan sampai sudah terantuk baru sedar.


Jika kita mahu memikirkan dan sering bermuhasabah diri inilah proses pembelajaran.
Banyak yang akan kita perolehi. Dahulu sewaktu kita kecil apakah yang kita tahu?,jadi apa yang kita tahu hari ini adalah satu pembelajaran. Bab demi bab, jika boleh di sebut mata pelajaran , mata pelajaran demi mata pelajaran hanya tiada sukatan perlu di patuhi tetapi ada peraturan perlu di ikuti.
Sebenar nya sekarang ini saya sedang belajar, suatu yang telah lama adanya tapi baru saya pelajari. Kita sering lupa pesanan pemimpin cemerlang kita -Rasullulah ..."ajar lah anak- anak mengikut zaman nya bukan mengikut zaman kita", kita patut lah bersedia untuk menghadapi kemajuan dunia untuk mengajar anak-anak tanpa mengabaikan didikan agama.
Setakat ini dulu kita kongsi sekelumit buah fikiran di ruang yang saya baru pelajari ini .
Kepada sesiapa yang melayari laman ini di beritahu di sini artikel pertama yang ada di laman ini saya ambil dari petikan pakar motivasi Dr Mohd Fadhila Kamsah sebagai percubaan saya . Di harap tiada yang tersinggung atas salinan ini.

Salam buat semua.......
............." kejar lah akhirat , pasti dunia mengikut mu di belakang, tapi jika kamu mengejar dunia , akhirat akan tertinggal....................jika kamu menyemai padi ,rumput akan tetap akan tumbuh di celahan nya ..................

Sejenak bermuhasabah diri

Nilaikan diri sendiri

BUAT TEMAN

Kita kongsi sedikit pesanan untuk menilai siapa diri kita"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena '... Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah..." Jadi renungi lah :-

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN', tapi rupanya kita BUSY BODY

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG'AJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT'

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah...Segera, tapi manusia tetap manusia..sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik? Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan..kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain. Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..kita draw kat akhirat nanti...tapi kalau kita asyik dengki mendengki..nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih...Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri yang sebaiknya...

"mengkritik tidak bererti menentang,
menyetujui tidak semestinya menyokong,
menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"

FIKIR-FIKIRKAN LAH