Wednesday, November 5, 2008

Kek Lapis




Lama tak menjengah laman ni...dah tahu tak ada apa pun.Sebenarnya pada awalnya saya nak belajar buat laman ini untuk kek Lapis yang isteri saya buat....Saja nak kongsi . Tapi kini lain pula jadi nya... . Congak-congak dah lebih 10 tahun saya jalankan jualan kek ini. Dalam senarai ada lebih 15 jenis kek, tapi sekarang buat jualan 9 jenis sahaja. Kalau ada permintaan yang lain di buatkan juga. Untuk kali iai saya nak tunjukkan gambar Kek lapis tu.


Ini Kek Lapis Batek Kenyalang, asal resepi dari Sarawak. Ini lah kek yang paling top dalam senarai jualan.Saya jual pada kawan dekat sahaja. Saya suka kek ini -warnanya cantik ,rasanya pun sedap. Rasa Jem buah-buahan campuran.


Ini Kek Cream Cheese, antara kek yang saya suka makan. Senang nak buat pun ya, jadi kalau nak makan sendiri buat la.Rasa....eemmm pada saya ...sedap, ada rasa coklet dan masam buah.




Kek Cinta Antara Benua - di ambil nama nya dari lagu dan drama Cinta antara benua. Sewaktu buat resepi kek ini memang tengah top lagu ini. Setiap lapis rasa berlainan Horlick , Milo ,ada 2 lagi rasa. Kek ini guna tepung beskut marie- jadi lebih lembut dan gebu.


Untuk senarai kek kemudian akan saya buat. Buat masa ini kalau nak boleh hubungi saya